Assalamualaikum atau sejahtera ke atas kamu :D

Thursday, August 4, 2011

Puasa


PUASA/FASTING

Salam.. Okay saya skip tajuk SATU dan gantikan dgn tajuk PUASA kerana tibanya bulan ramadhan yg mulia ini :D. Di dalam Islam terdapat satu bulan dimana umat2 Islam diwajibkan berpuasa(fasting) selama sebulan. Tetapi, umat Islam berpuasa dengan ada nya makan pagi/sahur(seher) dan masa berbuka puasa.. Dimana akan berpuasa dalam linkungan 12 jam mcmtu pada waktu siang..
Antara tujuannya :

  • Bagi org yg hidup senang merasa kehidupan org susah.

  • Supaya bersyukur dgn apa yg kita ada selama ini.

  • Mendisiplin kn diri.Pada pandangan saya, amat penting sebab digambarkan pada suatu hari nnti kita akn diuji keiman dgn tiada mknan dan minuman apabila tibanya pemerintahan al-masih ad-dajjal(anti-christ) dan sesiapa mengaku dajjal itu tuhan mereka, maka akn diberi kesenangan tpi hanya di dunia tetapi akn trima balasan pd akhirat kelak.

Okay, nih nak cerite skit pasal hukum dan persoalan Puasa.

Hmm.. haritu ade seseorg yg menyatakan korek hidung! batal puasa. sebenarnya x. Ade ustaz menerangkan korek hidung or telinga x batal puasa. Tu hanya keperihatinan org melayu shaja... Masukkn sesuatu ke dlm rongga badan tu terbatal skiranya ianya maknan, minuman, ubat-ubatan dan asap(merokok/shisha) maka batal puasa seseorg tu...  Lagipun rokok tuh memang haram.. So... Cubalah utk berhenti merokok :D.

Next, tidak solat.. Hmm berat nih... Puasa dia xterbatal. TETAPI !.. pahala puasanya tidak dikira dan! dosa meninggalkn solat berlipat ganda sbb tidak menghormati bulan Ramadhan.....

Ha... yg ni pulak.. saya pun baru tahu... kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.

Ni pula utk wanita... Sya pernah trdgr persoalan tersebut. Iaitu
wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.


Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

Sampai sini je kali nih. Selamat berpuasa pada semua umat Islam. Ingat... Solat fardhu itu lebih penting dari solat terawih.. Topik akn dtg nk crita skit QIAMULAI :D .Salam.

No comments:

Post a Comment